Pengalaman Balik Kampung Maninjau
Assalamualaikum semua ok harini saya nak kongsikan Pengalaman Saya Balik Kampung. Dimana Kampung saya??????😏 Di MANINJAU,SUMATERA BARAT.
Maninjau terkenal dengan danau nya iaitu Tasik jika anda ingin ke maninjau tempat yang anda harus pergi ialah PLTA. Kalau nak pergi pergi lah waktu hari Sabtu,Ahad/Hari Raya best boleh naik bot.
Alkisah aku ni. Tahun 2015 aku ngan mak,adik aku je balik tapi kitaorang ambik flight Kuala Lumpur ke Padang dulu lah bila sampai padang tu mak cik aku lah yang jemput naik kereta travel. Bila dalam perjalanan tu memang kawasan padang ni panas sikit lah 😁. So lama lah perjalanan tu 2 jam setengah kot. Tidur lah jap bila mak kejutkan tengok pelik tak pernah nampak sebelumni kiri kanak sawah ada bukit so first time masuk rumah nenek hmm ok tapi best lah. Dipendekkan cite setiap pagi pukul 4:50 aku bangun and terus keluar lah senam ke lari lari dari sana ke sini yelah sebab sunyi kan orang kawasan kampung kan. So pagi tu aku ngan sepupu aku ni naiklah atas bukit jalan jalan nak tengok jalan dari atas kan tapi bila nak naik tu ada lah satu rumah dia pelihara anjing so kitaorang nak naik anjing tu kejar nasib baik kitaorang lari boleh berhenti kalau tak hmm dah tergolek² jawab nya. Tempat selalu yang kitaorang pergi mandi manda kat Lembah Segar di Lubuk Basung kira kira 20 minit lah macam tu. Kalau nak pergi mesti ajak mak cik yang lagi satu sebab mak cik yang ni sporting sikit lah. Kitaorang pergilah danau maninjau kat belakang rumah(bukan dekat ye jauh tapi tengok dari tingkap dapur nenek haaa best. Mak cik ajak pergi jalan lah ingat nya kejap rupanya 45 minit air sekarang dah keruh. So mandi tepi tepi jelah. Waktu tu dia ajak sebab saya merajuk. Hihihi tak dapat nak pergi Lembah Segar.
Haa kalau ada yang nak pergi Bukit Tinggi jangan lupa Singgah Jam Gadang. Jalan dia belok belok lah 44 kali so siapa yang tak tahan boleh siap siap lah plastik untuk muntah. Petang petang nak main kadang kadang nampak orang putih dia lalu dia kata Hello so cakap juga hello hihihihi.
Komentar
Posting Komentar